BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 13, 2009

WARNA


Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.

Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.


Jenis-jenis Warna

Warna Sekunder

Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder tersebut ialah:


Warna Asas 1 Campuran Warna Asas 2 Hasil Warna
Merah + Kuning Jingga
Kuning + Biru Hijau
Biru + Merah Ungu

Warna Tertier

Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna :

Warna Asas Campuran Warna Sekunder Hasil Warna
Kuning + Hijau Kuning Hijau
Kuning + Jingga Kuning Jingga
Merah + Jingga Merah Jingga
Merah + Ungu Merah Ungu
Biru + Ungu Biru Ungu
Biru + Hijau Biru Hijau





Ton Warna

Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.

Gubahan Warna

Sewarna

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:

  • Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
  • Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
  • Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.

Warna Kroma

Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia.


Warna Neutral


Warna ton antara putih dan hitam

Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih dan hitam. Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya. Contoh warna seperti ini ialah perang, khaki, warna kulit , sawo matang dan sebagainya.

Inspirasi

Warna dapat mengubah rasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang, menutupi keketidaksempurnaan dam membangun suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.

Warna adalah cara yang paling cepat dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspekti-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga yang paling mudah didapati.

Wednesday, September 9, 2009

OTAK KIRI DAN OTAK KANAN


Peranan Otak Kiri


Otak kiri berkait dengan verbal, logikal, dan analisa seperti categorizing, simbolik abstrak, pertuturan, membaca, menulis, mengira. Otak kiri sangat linear: menempatkan sesuatu di urutan berurut - hal pertama duduk pada tempat pertama dan hal kedua, maka duduk tempat kedua, dll. Jika kita imbas kembali dari sudut pembelajaran pada peringkat awal kita sendiri, kita diajarkan secara tradisional untuk menguasai 3 M, iaitu: membaca, menulis dan mengira.

Peranan dan Fungsi Otak Kanan

Manakala Otak kanan pula, berperanan mengawal fungsi dalam non-verbal dalam cara dan excels visual, spatial, perceptual, informasi dan intuitive. Otak kanan akan memproses informasi dengan cara yang berbeza dari otak kiri. Untuk otak kanan, proses terjadi dengan cepat dan dengan gaya pemrosesan adalah non-linear dan non-sequential. Otak kanan melihat keseluruhan gambar dengan cepat dan berusaha untuk menentukan hubungan spatial dari semua bahagian-bahagian yang berkaitan keseluruhannya. Komponen dari otak kanan ini tidak peduli dengan sesuatu jatuh ke dalam pola mengikut aturan yang ditentukan. Sebaliknya, otak kanan lebih cenderung untuk berdepan dengan kompleksiti, ambiguity dan paradox. Kadang-kadang, apa yang di fikirkan oleh otak kanan sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk ayat kerana ianya terlalu kompleks untuk dizahirkan. Otak kanan berperanan melahirkan kreativiti.

Ini la rupa bentuk otak kita..tpi ni hanya dalam lukisan la..takkan mau ambik yg real tkkn mau cari otak manusia betul2..habis sa x dapat masuk syurga..Tuhan mara bap sa p bunuh org tuk dapat otak manusia ja..Dr. Roskang mna mau bertanggungjawab tu nanti..ok la otak ni kena lukis2 aja tpi betul la ni otak manusia versi lukisan..otak kanan dan otak kiri..baca la ah dan nilai diri kmu yg mna berkenaan dan berkaitan aja la..kmu faham jga kn inggeris ni...? sengaja sa kac inggeris supaya kita bole 'improve' lagi inggeris kita..Malaysia Bole..1 Malaysia bilang slogan kita yang terbaru..ok la banyak lagi maklumat ni tentang otak..kita kongsi2 la kn...sa ni org seni la konon ni bap sa mang ambik jurusan seni skg ni..he3..tapi yg btl 'mostly' sa otak kanan walaupun da jga yg menyisip ni sikit dari otak kiri tpi menang jga otak kanan..kmu tgk2 dan bca2 la ah..biasa la tu walaupun org seni tapi suka jga mengira..ya la mengira 'budget'..suka juga sains..ya la mau jga tau rasa apa jadi kalau limau+tea+ice = ice lemon tea...nah kn ada jga sikit2 kecenderungan di otak kiri..ok la tuk mau tau lebih lanjut, baca la maklumat yg bole d kongsi bersama ini..sa x jga kedekut.. bakal cigu kn mesti mau 'sharing' ilmu dan maklumat sma semua org terutama yg bergelar 'student'..ok selamat membaca dan mengetahui ttg OTAK KANAN DAN OTAK KIRI....

PERSPEKTIF