OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
Peranan Otak Kiri
Otak kiri berkait dengan verbal, logikal, dan analisa seperti categorizing, simbolik abstrak, pertuturan, membaca, menulis, mengira. Otak kiri sangat linear: menempatkan sesuatu di urutan berurut - hal pertama duduk pada tempat pertama dan hal kedua, maka duduk tempat kedua, dll. Jika kita imbas kembali dari sudut pembelajaran pada peringkat awal kita sendiri, kita diajarkan secara tradisional untuk menguasai 3 M, iaitu: membaca, menulis dan mengira.
Peranan dan Fungsi Otak Kanan
Manakala Otak kanan pula, berperanan mengawal fungsi dalam non-verbal dalam cara dan excels visual, spatial, perceptual, informasi dan intuitive. Otak kanan akan memproses informasi dengan cara yang berbeza dari otak kiri. Untuk otak kanan, proses terjadi dengan cepat dan dengan gaya pemrosesan adalah non-linear dan non-sequential. Otak kanan melihat keseluruhan gambar dengan cepat dan berusaha untuk menentukan hubungan spatial dari semua bahagian-bahagian yang berkaitan keseluruhannya. Komponen dari otak kanan ini tidak peduli dengan sesuatu jatuh ke dalam pola mengikut aturan yang ditentukan. Sebaliknya, otak kanan lebih cenderung untuk berdepan dengan kompleksiti, ambiguity dan paradox. Kadang-kadang, apa yang di fikirkan oleh otak kanan sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk ayat kerana ianya terlalu kompleks untuk dizahirkan. Otak kanan berperanan melahirkan kreativiti.
digital sketch
12 years ago
0 comments:
Post a Comment